.:: Sejarah Penubuhan Usrah Al-Farabi ::.

Dunia Islam masakini semakin dicemari dengan dakyah-dakyah kaum KAFIRUN dan MUNAFIQUN.Lantaran dengan itu, pihak Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) Smk Agama Kedah (SMKAK) telah mengambil langkah untuk menubuhkan satu program yang dipanggil 'usrah'.

Demi menyokong usaha pihak BADAR,10 orang anak muda telah berkumpul di dalam satu jemaah.Di sinilah bermula tertubuhnya satu usrah yang diberi nama 'AL-FARABI'.Usrah ini dirasakan unik kerana mempunyai dua naqib.

Usrah ini giat menjalankan aktiviti-aktiviti lazimnya pada hari Isnin dan Khamis.Aktiviti-aktiviti seperti tazkirah,muhasabah diri,modul-modul,tarbiyah dan dakwah,perbincangan tentang isu sosial dan masalah remaja serta pengisian rohani seringkali dilakukan untuk melahirkan mujahid-mujahid yang akan memperjuangkan Islam.

Naqib yang rajin dan bijak menyusun modul dalam usrah, Al-Akh Muhammad Iqhlas bin Subri sentiasa ditemani oleh naqib yang kedua,Al-Akh Muhammad Hifni bin Suit yang ceria dan 'sporting'.

Usrah ini diketuai oleh Mohammad Zulfakri bin Zullkifli yang bijak dan sentiasa aktif dalam usrah.Azlan bin Adnan pula merupakan penolongnya yang berdedikasi.Manakala setiausahanya bernama Ahmad Faiz bin Zaidiazman dan Muhammad Afifudin bin Morad pula merupakan bendahari yang cekap.Biro Ibadah usrah pula ialah Afiq bin A'sri.Biro Disiplin merupakan Muhammad Iqbal Saifulludin bin Yaakob dan Muhammad Akmal Hakim bin Adnan pula merupakan Biro Kebajikan serta yang terakhir, Asyraf Syafiq bin Bashir pula merupakan Biro Tempahan.

Moga-moga niat kami untuk menegakkan kalimah Allah di bumiNya dirahmati dan diredhai.Semoga Islam terus gemilang dan Terbilang.Takbir!!!! ALLAHUAKBAR!!!

Jihad Jalan Kami,
Syahid Matlamat Kami,
Doa Senjata Kami,
Ukhwah Kekuatan Kami,
Al-Quran Pegangan Kami,
Sunnah Nabi Ikutan Kami,
Istiqamah Perjuangan Kami.......


Jalan Dakwah

“Jalan dakwah adalah jalan yang satu. Diatas jalan inilah Rasulullah dan para sahabat baginda berjalan demikian juga kita dan para pendukung dakwah berjalan dengan tawfiq dari Allah. Kita dan mereka berjalan berbekalkan dengan iman, amal, mahabbah dan ukhuwwah. Rasulullah menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka diatas dasar cinta dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman dan kekuatan aqidah dengan kekuatan persatuan. Jadilah jemaah mereka jemaah contoh tauladan. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh semua penghuni muka bumi ini.”(Syeikh Mustafa Mashyur)


Dakwah ini adalah kepunyaan Allah bukannya milik individu. Allah telah mengajar orang-orang beriman bahawa dakwah terikat dengan kehendakNya bukan kepada para duah, nasib setiap individu daripada dakwah ialah sesiapa yang beramal untuknya maka Allah akan memuliakannya dengan sebab amalnya, sesiapa yang meninggalkan beramal untuk dakwah maka Allah akan menjauhkan kebaikan daripadanya dan dakwah tidak akan mendapat mudarat sedikitpun [Abdul Qadir Audah]

Sesungguhnya Seorang Muslim itu, Apabila berjalan di Jalan Dakwah, Ia tidak berjalan dengan Hatinya sahaja, Bahkan,dibawa bersama hati saudaranya, Justeru itu,setiap Pahala yang Didapati sepanjang Perjalanannya, pasti akan Terbias untuk saudara seperjuangannya-Mustafa Masyhur-

Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah... [As-Syahid Imam Hassan Al-Banna]

Nelayan Mukmin VS Nelayan Kafir

Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.

Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.

Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat "Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah."

Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat "Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam."

MORAL & IKTIBAR

o Kediaman mukmin adalah di syurga manakala kediaman kafir adalah di neraka
o Dunia adalah syurga orang kafir
o Kekayaan dan kemewahan di dunia tidak semestinya berkekalan di akhirat
o Kesusahan orang mukmin di dunia tidak seberapa jika dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga
o Kesenangan orang kafir di dunia tak berbaloi jika dibandingkan dengan azab seksa yang disediakan di neraka
o Kesenangan atau kesusahan seseorang bukan menjadi kayu ukur bagi keredhaan Allah; yang menjadi penentu ialah keimanan terhadapNya
o Kesusahan di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang
o Begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada seseorang bukan bermakna Allah meredhainya
o Redha di atas takdir Ilahi adalah sifat mukmin sejati
o Jangan berputus asa, kecewa atau sedih apabila melihat orang kafir senang dan mewah dalam kehidupan di dunia
o Keimanan seseorang adalah lebih mahal daripada dunia dan isinya. Apalah maknanya kemewahan jika tidak mensyukuri dan beriman dengan sebenarnya

0 comments:

Post a Comment

 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.