.:: Sejarah Penubuhan Usrah Al-Farabi ::.
Demi menyokong usaha pihak BADAR,10 orang anak muda telah berkumpul di dalam satu jemaah.Di sinilah bermula tertubuhnya satu usrah yang diberi nama 'AL-FARABI'.Usrah ini dirasakan unik kerana mempunyai dua naqib.
Usrah ini giat menjalankan aktiviti-aktiviti lazimnya pada hari Isnin dan Khamis.Aktiviti-aktiviti seperti tazkirah,muhasabah diri,modul-modul,tarbiyah dan dakwah,perbincangan tentang isu sosial dan masalah remaja serta pengisian rohani seringkali dilakukan untuk melahirkan mujahid-mujahid yang akan memperjuangkan Islam.
Naqib yang rajin dan bijak menyusun modul dalam usrah, Al-Akh Muhammad Iqhlas bin Subri sentiasa ditemani oleh naqib yang kedua,Al-Akh Muhammad Hifni bin Suit yang ceria dan 'sporting'.
Usrah ini diketuai oleh Mohammad Zulfakri bin Zullkifli yang bijak dan sentiasa aktif dalam usrah.Azlan bin Adnan pula merupakan penolongnya yang berdedikasi.Manakala setiausahanya bernama Ahmad Faiz bin Zaidiazman dan Muhammad Afifudin bin Morad pula merupakan bendahari yang cekap.Biro Ibadah usrah pula ialah Afiq bin A'sri.Biro Disiplin merupakan Muhammad Iqbal Saifulludin bin Yaakob dan Muhammad Akmal Hakim bin Adnan pula merupakan Biro Kebajikan serta yang terakhir, Asyraf Syafiq bin Bashir pula merupakan Biro Tempahan.
Moga-moga niat kami untuk menegakkan kalimah Allah di bumiNya dirahmati dan diredhai.Semoga Islam terus gemilang dan Terbilang.Takbir!!!! ALLAHUAKBAR!!!
Jihad Jalan Kami,
Syahid Matlamat Kami,
Doa Senjata Kami,
Ukhwah Kekuatan Kami,
Al-Quran Pegangan Kami,
Sunnah Nabi Ikutan Kami,
Istiqamah Perjuangan Kami.......
Jalan Dakwah
Dakwah ini adalah kepunyaan Allah bukannya milik individu. Allah telah mengajar orang-orang beriman bahawa dakwah terikat dengan kehendakNya bukan kepada para duah, nasib setiap individu daripada dakwah ialah sesiapa yang beramal untuknya maka Allah akan memuliakannya dengan sebab amalnya, sesiapa yang meninggalkan beramal untuk dakwah maka Allah akan menjauhkan kebaikan daripadanya dan dakwah tidak akan mendapat mudarat sedikitpun [Abdul Qadir Audah]
Sesungguhnya Seorang Muslim itu, Apabila berjalan di Jalan Dakwah, Ia tidak berjalan dengan Hatinya sahaja, Bahkan,dibawa bersama hati saudaranya, Justeru itu,setiap Pahala yang Didapati sepanjang Perjalanannya, pasti akan Terbias untuk saudara seperjuangannya-Mustafa Masyhur-
Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah... [As-Syahid Imam Hassan Al-Banna]
ABU BAKAR AS-SIDDIQ (570-634M)
Mendapat gelaran As-Siddiq iaitu yang membenarkan kerana beliau sentiasa membenarkan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W.Ibunya bernama Salma Binti Shakhar atau dikenali dengan panggilan Ummu Khair bererti ibu yang baik.
Abu Bakar As-Siddiq dilantik menjadi khalifah islam yang pertama selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W pada 632 hijrah.Beliau meniggal dunia pada 21 Jamadilakhir 13H akibat demam.
Abu Bakar As-Siddiq dilahirkan di Kota Mekah 2 tahun setengah selepas berlakunya peristiwa tentera bergajah Abrahah hendak meruntuhkan Kaabah.Selepas Nabi Muhammad S.A.W menjadi rasul,maka dia lelaki pertama yang memeluk agama Islam.
Ketika Nabi Muhammad S.A.W sakit,beliau melantik Abu Bakar As-Siddiq menjadi imam.Disebabkan itu,selepas Nabi Muhammad S.A.W wafat,Abu Bakar As-Siddiq dilantik menjadi khalifah.Ketika itu umat Islam mula berpecah.Ada yang murtad,enggan memberi zakat dan mengaku menjadi nabi.
Walaupun Khalifah Abu Bakar As-Siddiq memerintah selama 2 tahun 3 bulan 10 hari sahaja namun sudah berjaya menundukkan mereka yang murtad,enggan memberi zakat dan mengaku menjadi nabi.Selepas berjaya mengatasi masalah dalaman,beliau menumpukan pehatian kepada kerajaan Rom dan Parsi yang sekian lama mengancam umat Islam.
Di bawah pimpinan Panglima Khalid Al-Walid,tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Parsi di Syam dan Hirah.Kemudian berjaya mengalahkan tentera Rom di Iraq,Mesir dan Palestin.
Jasa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang paling besar ialah mengumpulkan semula ayat-ayat Al-Quran.Ini berlaku selepas ramai yang menghafal ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan.Kerana bimbang umat Islam kehilangan ayat-ayat suci itu maka Khalifah Abu Bakar As-Siddiq menyuruh Umar Al-Khattab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semua ayat Al-Quran.Itulah kitab suci Al-Quran yang dikenal hingga ke hari ini.
"Sesungguhnya kemenangan ataupun kekalahan bukan bergantung pada ramainya jumlah tentera"
-Khalifah Abu Bakar As-Siddiq-
0 comments:
Post a Comment